PENGAJIAN MALAYSIA
SEJARAH DAN LATAR
BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
NAMA PELAJAR:
1. HUSNA INSYIRAH BT ISMAIL (02DSK16F2016)
2. FATEN ATHIRAH BT R. AZMI (02DSK16F2030)
3. NUR AMANIENA BT MAT SALLEH (02DSK16F2016)
SESI: DISEMBER 2016
JABATAN: PERDAGANGAN
KELAS: DSK 1A
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini
dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mohd Noor
Zaidi Bin Mohd Zawawi, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012),
di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, tidak
lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan da
PENGENALAN
Pada tahun
1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S. Furnival pernah menulis dan
menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Menurut beliau,
masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa.
Namun, campuran ini dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul, tetapi tidak
bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, Bahasa. Fahaman
dan cara hidupnya yang tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup
bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula,
wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Walaupun pandangan
Furnival ini merujuk senario masyarakat di Burma (Myanmar) dan Jawa, tetapi
keadaan yang sama juga terdapat di negara kita sebelum kemerdekaan. Menurut
pandangan seorang penulis sejarah, penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu
sebelum merdeka digambarkan sebagai hamper tidak mempunyai sebarang persamaan
dalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah
negara. Walau bagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi
sesuai dengan negara ini ekoran percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan
masyarakat hari ini dapat dilihat dengan jelas tanpa mengira kaum.
SEJARAH KEWUJUDAN MASYRAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
Tanah
Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat
perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi
orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep
percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di
Malaysia . kebanyakkan ahli sejarah dan antropologi social bersetuju bahawa
struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah
ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British di
semenanjung Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu
bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786,
menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka
masa yang panjang semasa pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama
lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang
besar kepada komposisi dan mobility penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tnah
Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia
yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen utamanya.
Kemasukkan
masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan
masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial
Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya
dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau
kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan
masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China
adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India
Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya
tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah
keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan
mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai
negeri-negeri Melayu.
Selain
migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon.
Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China
dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan
(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan
yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Setelah kemasukan migran daripada luar,
bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti
sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang
berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila
konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas.
Setelah
kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya
yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi
bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan
penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran
seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan
penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India,
Melayu-Cina dan lain-lain.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK
SEBELUM MERDEKA
Malaysia,
terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem
politik yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana
mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik
ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan
demokrasi beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah
Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu
dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku
tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu
kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Tiga kaum
yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum
penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua
penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad
ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke
Tanah Melayu.
Migrasi
ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa
setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor
utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan
India. Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik
dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan
sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan
yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara
yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan
secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah
Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk
Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun
lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan
masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan
dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan
penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada
kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor
penolak dan penarik. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik
yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang
bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
KAUM MELAYU
Orang
Melayu boleh ditafsirkan sebagai
penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau
Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih
ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan
lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai
masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran
kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan
mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada
berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun
1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang,
iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Sebelum zaman penjajahan,
kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah
melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan
Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan
ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin
berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik
tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi
masyarakat Melayu. Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah
menggalakkan kemunculan bandar2 baru seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan
Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta
Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi
tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi
atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun
peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang
berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai
sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang
Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu
menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi
moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak
terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh
asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.
Hari
ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu
merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika merujuk kepada orang melayu
menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu ,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana
peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
KAUM CINA
Kaum
Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi
dua puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini
berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal
kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang
berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang,
Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin
yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara
beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan
Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor
pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai
juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal
seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870,
bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak
pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan
lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang
kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan,
kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada
dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan
menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan
pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu
sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari
segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah
Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orangg Hokkien
terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong
dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang
tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di
Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula
ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang
Hokkien adalah yang terbesar.
Walaupun
kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu
ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas
Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu
ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah
Melayu.
KAUM INDIA
Kumpulan
etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India
yang merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada
pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang dating ke Tanah Melayu
sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka
dating ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta
yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut
membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan
pakaian sari yang mewah.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah
Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India
dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal
telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan
Melaka. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara
besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan
India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi
di Seberang Prai.
Tumpuan
masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10
tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun
1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke
Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan
penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya
ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan
orang Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil
yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu
sementara orang Malayali meliputi 7%.
Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang
Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang
Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.
Orang
Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas
dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh
India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela.
Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja
membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan
kerajaan.
Mereka yang datang secara sukarela
biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha
membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Mengikut sistem ini,
seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari
buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah yang
digelar Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem
yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut
jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak.
Sehingga
tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang
iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA
HINGGA KINI
Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahun 2010 berbanding
23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini menunjukkan purata pertumbuhan
penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun).
Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 –
2000 iaitu 2.6% (Carta).
Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).
ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
KAUM MELAYU
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang
Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka
tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan
buruh-buruh Cina dan India.
Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama
Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15.
Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang
berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam. Islam ialah agama
samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai
kalam Allah.
Agama Islam ialah
berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an
dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat
daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis.
Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia
dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:
Melahirkan manusia
yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada
kekuasan ALLAH semata-mata.
KAUM CINA
Masyarakat Cina
yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus
menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Golongan ini turut membawa
bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan.
Antara agama atau
kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme
merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada
perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya
untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.
Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:
1.Lao Tzu (abad ke-6
S.M.) – beliau menulis buku mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching.
Buku tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan menjadi salah sebuah buku yg
amat berpengaruh di negara China.
2.Chuang Tzu (abad ke
4-3 S.M) – beliau telah memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap semua
perkara.
·
Konsep Yin dan Yang
-Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia
ini merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif,
dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan
keharmonian. Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti
panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan
kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif
alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap
dan pasif.
KAUM INDIA
Masyarakat India
yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yang diamalkan
dari India. Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama
Hindu. Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Perkataan
Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India
bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu.
Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang
bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut Veda.
Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu.
Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu.
·
Kepercayaan kepada
banyak Tuhan
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
- antara tuhan
tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung)
dan Siva (Tuhan Pembinasa)
dan Siva (Tuhan Pembinasa)
·
Konsep karma dan
kelahiran semula
-Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Unsur yang menentukan kasta mana yang bakal diduduki
selepas kelahiran semula ialah karma.
Kitab-kitab Veda
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Antara upacara dan
penyembahan yang dijalankan oleh kaum India ialah
·
Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
·
Kriya – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan
Bertapak
·
Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat
Para Wali dan Yogi.
·
Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya.
Mengajar sesama manusia
tentang Tuhan dan cara hidup yang betul.
Namun begitu agama ini mempunyai larangan
tersendiri. Antara larangan dalam agama ini ialah:
1.Dilarang makan
daging atau bahan dari badan binatang.
2.Dilarang membunuh
termasuk binatang.
3.Dilarang minum arak
dan bahan yang memabukkan.
4.Dilarang merogol /
Cabul Kehormatan wanita.
5.Dilarang mencuri
dan merompak.
6.Dilarang membuat
sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau
makhluk lain.
7.Dilarang memotong
pokok.
MASYARAKAT SARAWAK
Kaum majoriti di
Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. Amnya
orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang
kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat,
sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
Animisme adalah
kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi,
mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan
roh-roh jahat yang harus dihormati. Ini merupakan definisi animisme
secara umum.
Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Animisme sudah ada ada sejak masa Paleolitik Atas, yaitu sekitar 40.000 - 100.000 tahun sebelum masehi dan jauh sebelum manusia mengenal agama.
Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.
Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Animisme sudah ada ada sejak masa Paleolitik Atas, yaitu sekitar 40.000 - 100.000 tahun sebelum masehi dan jauh sebelum manusia mengenal agama.
Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.
Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Bagi masyarakat
Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. Bagi masyarakat
Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun
selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai
antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.
Kemunculan agama
Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para pedagang di Melaka sebelum
penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi Pulau Pinang pada tahun 1786
dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil semula daripada penaklukan
Belanda sejak tahun 1641. Paderi-paderi dari Thailand menubuhkan Seminary Major
di Pulau Pinang pada 1810. LMS diasaskan di Melaka dan Pulau Pinang sejak tahun
1815, tetapi kebanyakan misi Mazhab Protestant jatuh setelah 1842 apabila ia
menjadi kebolehan untuk memasuki China. Kuasa Mazhab Katolik kekal, tetapi
dibahagikan di antara Portugis dan Perancis.
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat
Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan
animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan
Kristian.
Brikut merupakan
kepercayaan animisme yang diamalkan di Sabah:
·
Orang lanun percaya
penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
Percaya ilmu batin
dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut
(dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan
suara)
·
Orang Bumiputera
Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok
(lintasan).
Mengadakan upacara
menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
·
Orang Murut percaya
kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang dianggap dapat
menolong menyelesaikan masalah.
Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan
Aki Kopuno.
Terdapat banyak
lagi kepercayaan animism yang diamalkan dan dipercayai oleh kaum di Sabah
selain daripada yang dinyatakan. Ini terjadi kerana kebanyakan nasyarakat di
Sabah merupakan orang asli. Mereka lebih mempercayai kejadian alam yang dilihat
berbanding perkara yang tidak jelas.
Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai
pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka
beragama Islam. Namun begitu terdapat juga penganut-penganut agama lain di
Sabah antaranya ada mereka yang beragama islam dan ada juga yang beragama
kristian. Selain itu, masyarakat di Sabah juga mengamalkan agama dan kepercayaan
sejak turun temurn dari nenek moyang mereka.
KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM
KAUM MELAYU
Bahasa yang
dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia.
Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan
kedudukan geografi masing-masing. Bahasa yang
digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat,
tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu
pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi.
Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di
Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung. Adat Perpatih diamalkan
oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi
dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta
pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh
Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja
mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh
yang banyak dari agama Islam.
Antara adat lain
yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah berkhatan atau
bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu
masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan
kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika
berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak
lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika
berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh
tok mudim.
Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang
Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal
Muharram.Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya
Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh
seluruh umat Islam di dunia.
KAUM CINA
Pada peringkat awal
penghijrahan, masyarakat Cina didapati mempunyai semangat kesukuan yang
kuat. Semangat kesukuan ini antara yang menyebabkan lahirnya aktiviti
kongsi gelap di Tanah Melayu, terutamanya sebelum campur tangan politih
British.
Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan masalah
pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan candu juga semakin ketara di
kalangan pelombong. Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada budaya
masyarakat Cina yang asal.
Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah
menggunakan pakaian yang moden bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi
golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah
‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih
kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’.
Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan
utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. Manakala perayaan kaum
Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu
Lapar, Perayaan Kuih Bulan.
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan
yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting
kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara
dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina
yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalendar cina. Pesta
Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina untuk mengenang nenek
moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya anak-anak dan cucu-cicit akan pergi
ke kubuh atau tempat nenek moyang bersemandi. Mereka akan membawa makanan untuk
bersembahyang nenek moyang disamping berbul-bual. Selain itu, mereka juga akan
membakar kertas-kertas wang da bahan keperluan asas kepada nenek myang kerana
mereka yakin nenek moyang juga akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.
KAUM INDIA
Asasnya masyarakat
Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki
tersebut dipanggil sistem kasta. Dalam sistem kasta,
masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:
·
Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan
ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta
·
Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai
taraf tangan pencipta.
·
Vaisya -
terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau
petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta
·
Sudra -
terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki
pencipta.
Makanan masyarakat
India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ ,
‘thosai’ dan ‘puri’. Thosai merupakan makanan kegemaran orang India.
Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap
dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.
Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis
pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai
bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis,
iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta
iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. Masyarakat India juga
mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.
Hari Deepavali merupakan
perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia
dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat
beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu,
iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar
Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama
Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat
sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
MASYARAKAT SARAWAK
Masyarkat Iban
tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah
panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh
sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas.
Rumah Panjang orang
Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang
berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. Setiap rumah panjang mesti mempunyai
tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’
biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain
masalah yang berkaitan dengan alam nyata. Rumah panjang suku kelabit pula tidak
ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah
luar dengan ruang sebelah malam.
Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah Kain Sirat,
Dandong, Pua Kumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat
serta tali pinggang lampit dan manik manik. Kepala memakai setapok tunjang dan
bulu kenyalang.Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai
dan mare kempang.Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang
kelunchong dan sugu tinggi.
Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan
masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.
Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun
begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang
tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti
kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi
sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Manakala masyarakat
Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami
kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan
masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang
tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur
ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Masyarakat Melayu Sarawak adalah
beragama Islam di mana Islam telah dibawa ke Asia sejak 1000 tahun dahulu.
Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama
aspek kebudayaan dan kesenian
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan
di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan
kematian, kelahiran.
Dalam aspek
asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang
kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari
"Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran
sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi
sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan
corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang
terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa,
perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu
Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan
sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada
corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun
mempunyai pakaian tradisinya sendiri.
Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat
kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelaki dengan perempuan,
pertunangan, perkahwinan dan perceraian .
Pakaian Tradisinal
Suku Kaum Bajau Kota Belud bagi lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian
tradisional bagi Ѕuku Кaum Вajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan
"Alal Bimbang"
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, semua kaum perlu mengambil
peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain. Setiap kaum
mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Seterusnya, dalam sebuah
negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi
masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlu saling
bekerja sama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain. Kewujudan masyarakat
pelbagai kaum telah memberi kesan kepada pertumbuhan parti politik mengikut
kaum.
RUJUKAN
2. Oxford Fajar Pengajian Malaysia Edisi Kelima
3. Oxford Fajar Pengajian Malaysia Siri Politeknik
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment