Monday 20 March 2017

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA



PENGAJIAN MALAYSIA

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN  MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

NAMA PELAJAR:
1. HUSNA INSYIRAH BT ISMAIL (02DSK16F2016)
2. FATEN ATHIRAH BT R. AZMI (02DSK16F2030)
3. NUR AMANIENA BT MAT SALLEH (02DSK16F2016)

SESI: DISEMBER 2016
JABATAN: PERDAGANGAN
KELAS: DSK 1A






PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan da

n dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna



PENGENALAN
Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S. Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Menurut beliau, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul, tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, Bahasa. Fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Walaupun pandangan Furnival ini merujuk senario masyarakat di Burma (Myanmar) dan Jawa, tetapi keadaan yang sama juga terdapat di negara kita sebelum kemerdekaan. Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hamper tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara. Walau bagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi sesuai dengan negara ini ekoran percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini dapat dilihat dengan jelas tanpa mengira kaum.


Latar Belakang Sejarah Kemunculan Masyarakat Majmuk di Malaysia.
SEJARAH KEWUJUDAN MASYRAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia . kebanyakkan ahli sejarah dan antropologi social bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British di semenanjung Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobility penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tnah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen utamanya.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.


Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan  masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.

KAUM MELAYU
Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.

Walaupun peratusan penduduk bandar  meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.
Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia  , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain. Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India yang merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang dating ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka dating ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah.  Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah yang digelar Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak.
Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA
HINGGA KINI

Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahun 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun).  Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta).




Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah bukan warganegara.  Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).




ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


AGAMA DAN KEPERCAYAAN

KAUM MELAYU
 Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.
Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam. Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah.
Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis.
Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:
    Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata.
  
KAUM CINA
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan.
Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.
Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:
      1.Lao Tzu (abad ke-6 S.M.) – beliau menulis buku mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching. Buku tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan menjadi salah sebuah buku yg amat berpengaruh di negara China.
      2.Chuang Tzu (abad ke 4-3 S.M) – beliau telah memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap semua perkara.
·             Konsep Yin dan Yang
-Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini  merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif.

KAUM INDIA
Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yang diamalkan dari India. Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut Veda.

Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu.
·               Kepercayaan kepada banyak Tuhan
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
      - antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung)
        dan Siva (Tuhan Pembinasa)
·               Konsep karma dan kelahiran semula
-Masyarakat hindu  percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Unsur yang menentukan kasta mana yang bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
      Kitab-kitab Veda
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Antara upacara dan penyembahan yang dijalankan oleh kaum India ialah
·               Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
·               Kriya  – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan Bertapak
·               Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
·               Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia           
          tentang Tuhan dan cara hidup yang betul.
Namun begitu agama ini mempunyai larangan tersendiri. Antara larangan dalam agama ini ialah:
      1.Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
      2.Dilarang membunuh termasuk binatang.
      3.Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
      4.Dilarang merogol / Cabul Kehormatan wanita.
      5.Dilarang mencuri dan merompak.
      6.Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau   
             makhluk lain.
      7.Dilarang memotong pokok.

MASYARAKAT SARAWAK
Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus dihormati.  Ini merupakan definisi animisme secara umum.
Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Animisme sudah ada ada sejak masa Paleolitik Atas, yaitu sekitar 40.000 - 100.000 tahun sebelum masehi dan jauh sebelum manusia mengenal agama.

Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.
Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.

Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.
Kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun 1641. Paderi-paderi dari Thailand menubuhkan Seminary Major di Pulau Pinang pada 1810. LMS diasaskan di Melaka dan Pulau Pinang sejak tahun 1815, tetapi kebanyakan misi Mazhab Protestant jatuh setelah 1842 apabila ia menjadi kebolehan untuk memasuki China. Kuasa Mazhab Katolik kekal, tetapi dibahagikan di antara Portugis dan Perancis.

MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Brikut merupakan kepercayaan animisme yang diamalkan di Sabah:
·                Orang lanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
       Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
·                Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).
       Mengadakan upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
·                Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.
   Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.
Terdapat banyak lagi kepercayaan animism yang diamalkan dan dipercayai oleh kaum di Sabah selain daripada yang dinyatakan. Ini terjadi kerana kebanyakan nasyarakat di Sabah merupakan orang asli. Mereka lebih mempercayai kejadian alam yang dilihat berbanding perkara yang tidak jelas.
Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam. Namun begitu terdapat juga penganut-penganut agama lain di Sabah antaranya ada mereka yang beragama islam dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu, masyarakat di Sabah juga mengamalkan agama dan kepercayaan sejak turun temurn dari nenek moyang mereka.





KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM

KAUM MELAYU
Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan  jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak dari agama Islam.
Antara adat lain yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah berkhatan atau bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh tok mudim.
Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram.Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. 

KAUM CINA
Pada peringkat awal penghijrahan, masyarakat Cina didapati mempunyai semangat kesukuan yang kuat.  Semangat kesukuan ini antara yang menyebabkan lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu, terutamanya sebelum campur tangan politih British.
Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan masalah pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan candu juga semakin ketara di kalangan pelombong. Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada budaya masyarakat Cina yang asal.
Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yang moden bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua.  Selain itu. ‘cheongsam’.
Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. Manakala perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama.  Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalendar cina. Pesta Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya anak-anak dan cucu-cicit akan pergi ke kubuh atau tempat nenek moyang bersemandi. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbul-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang da bahan keperluan asas kepada nenek myang kerana mereka yakin nenek moyang juga akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.


KAUM INDIA
Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta. Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:
·               Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta
·               Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.
·               Vaisya -  terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta
·               Sudra -  terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.
Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ , ‘thosai’ dan ‘puri’. Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.
Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.



MASYARAKAT SARAWAK
Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas.
Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang.  Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata. Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.
Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah Kain Sirat, Dandong, Pua Kumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang.Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. 
Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

Manakala masyarakat Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Masyarakat Melayu Sarawak adalah beragama Islam di mana Islam telah dibawa ke Asia sejak 1000 tahun dahulu. Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian

MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian, kelahiran.
Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu
Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.
Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai  iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian .
Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bagi lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Вajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan "Alal Bimbang"
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain. Setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Seterusnya, dalam sebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlu saling bekerja sama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain. Kewujudan masyarakat pelbagai kaum telah memberi kesan kepada pertumbuhan parti politik mengikut kaum.

RUJUKAN
2. Oxford Fajar Pengajian Malaysia Edisi Kelima
3. Oxford Fajar Pengajian Malaysia Siri Politeknik

LAMPIRAN